Thursday, 7 June 2012

KARAMBUNAI, BORNEO, SABAH...

Sekarang baru Fieza tahu macam mana cantiknya tengok sunset kat Karambunai, Borneo, Sabah. Selalunya, bila baca novel. Mostly honeymoon dia org refer kat Karambunai. Nak tengok sunset. Fieza ni pun tertanya-tanya-lah, kenapa Karambunai? Almaklum-lah kita tak pernah pergi tempat macam tu. Lagi pun jauh dari tempat tinggal pulak tu. Fieza tau, u'ol kat luar ada yang pernah pergi. Tempat tu memang sesuai untuk dijadikan tempat untuk menyaksikan matahari terbenam. Subahanallah. Cantik.

Korang tengoklah gambar ni:
  
Cantik, bukan? Nak-ak lagi pergi dengan org yang kita sayang. Lagi-lagilah best.

Kalau korang nak pergi bercuti ke honeymoon segala bagai. Korang bolehlah menginap kat hotel berhampiran. Hotel apa lagi kala bukan Nexus Resort & Spa Karambunai.

Best kalau dapat pergi. Tengok sunset. Fulamak, masyuk tu.


Ada siapa-siapa nak offer tak? kkee..


Sunday, 3 June 2012


Himpunan doa-doa pilihan

Himpunan doa-doa pilihan untuk capaian pengguna. Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat penuh berkaitan dengan sub-menu yang berikut.


Ya Allah sesungguhnya Engkau telah berfirman dan firman. Engkau pasti menjadi kenyataan (memohon kamu sekelian, hai hamba-hamba Ku, nescaya aku kabulkan permohonan mu). Ya Allah, inilah permohonan kami dan engkau yang mengkabulkan. Inilah kesungguhan kami dan Engkaulah tumpuan dan harapan kami. Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Engkau ya Allah. (Hadith riwayat At-Tarmizi dan Abu Hurairah r.a)



Perkara
Doa apabila takut kepada binatang
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna
Doa penyembuh penyakit
Ya Allah! Tuhan manusia, yang menghilangkan
Doa ketika mendapat kerugian
Mudahan-mudahan Tuhan kita memberikan ganti
Doa ketika menghadapi kesulitan
Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang
Doa moga dapat menyelesaikan hutang
Ya Allah! Cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang
Doa mendengar suara guruh
Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami dengan
Doa ketika angin bertiup kencang
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu
Doa ketika melihat jenazah
Maha suci Allah, zat yang hidup yang tiada akan
Doa apabila bermimpi buruk
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
Doa ketika kehilangan barang
Ya Allah, ya Tuhan, yang dapat mengembalikan tiap
Doa moga petah berkata-kata
Wahai Tuhanku lapangkanlah bagiku, dadaku dan
Doa ketika melihat cermin
Segala puji bagi Allah yang telah membaguskan
Doa memohon lekas sembuh
Ya Allah, Tuhan sekalian manusia, jauhkanlah
Doa ketika hendak makan ubat
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan


Doa dijauhkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat
Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu
Doa apabila kenderaan tergelincir atau tersasar
Ya Allah, tetapkan ia terkendali dan jadikanlah
Doa apabila turun hujan
Ya Allah, jadikanlah hujan yang bermanfaat....
Doa mendengar suara guruh
Ya Allah, janganlah Engkau membunuh kami dengan
Doa ketika angin bertiup kencang
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu
Doa apabila melihat awan mendung
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu


Ambil daripada blog ini ~> http://balliqul-ilm.blogspot.com

PETUA MENGAWAL TEKANAN PERASAAN (STRESS)



PERASAAN cemas , gelisah atau gentar akan menjejaskan peluang untuk berjaya . Jadi perasaan adalah satu aspek penting yang harus diperhati . Cara untuk menjernih dan menenangkan perasaannya ialah :
  1. Jangan tergila-gila belajar hanya 1 bulan hampir peperiksaan . Kegilaan yang tiba-tiba ini akan mendorong kamu menggunakan "pep pills" - ubat penahan mengantuk . Sedarlah bahawa ia merosakkan sistem saraf dan mengurangkan kecerdasan seseorang . Ia boleh membuat kamu pengsan di dewan peperiksaan kerana keletihan . Sebaliknya , hendaklah kamu mula bersedia lebih awal , belajar dengan satu sistem seperti dinyatakan di atas . Rasa cemas tidak akan timbul sekiranya nota sudah lengkap , bersih dan diulang kaji sepanjang tahun .

  1. Jangan cuba berpegang kepada harapan orang ( ibu bapa dan keluarga umpamanya ) yang mungkin terlalu tinggi untuk diri kamu . Hendaklah kamu mengakui dengan kenyataan mengenai pengetahuan yang ada pada kamu dan bertindaklah di peringkat yang sesuai dengan kemampuan kamu .
  1. Jangan cuba menambah atau mendapatkan banyak butir-butir baru ketika hampir waktu peperiksaan ; sebab ini akan mendedahkan kekosongan pengetahuan kamu dan seterusnya menambahkan kebimbangan dan akhirnya membuat kamu panik . Hendaklah kamu menumpukan perhatian ke atas prinsip-prinsip dan konsep-konsep am daripada mempelajari segala detail yang begitu banyak .

  1. Jangan bimbang kerana gagal mengingati segala fakta yang kamu pelajari di saat peperiksaan hampir dimulakan . Hendaklah kamu faham bahawa di antara isi-isi yang kamu terlupa dapat diingati kembali asalkan perkara-perkara yang mempunyai pertalian yang tepat dapat dimuatkan dalam jawapan kamu .

  1. Jangan membuang masa dengan merasai bimbang dan menyesali mengenai apa yang kamu sepatutnya telah pelajari dan betapa baiknya keputusan yang mungkin kamu perolehi sekiranya kamu telah belajar lebih kuat atau mula belajar lebih awal . Hendaklah kamu menerima apa yang patut dan boleh kamu lakukan dalam masa yang tinggal . Ambillah keputusan untuk menggunakan masa itu sepenuhnya .
  2. Jangan terus membandingkan kamu dengan kawan-kawan lain yang nampaknya lebih tahu atau betapa kuatnya mereka belajar daripada diri kamu . Hendaklah kamu mengambil keputusan sendiri berapa lamakah sepatutnya kamu belajar tanpa memudaratkan kesihatan kamu sama ada jasmani atau mental .
  1. Jangan membincangkan pelajaran dengan kawab-kawan ketika peperiksaan hampir dimulakan . Bila kamu dapati yang kamu cuma tahu sedikit sahaja jika dibandingkan dengan kawan-kawan kamu , ini mungkin menambah perasaan bimbang dan panik , yang mana adalah satu perkara yang terlalu mahal harganya untuk dibayar bagi butir-butir tambahan yang kamu boleh didapati . Rehatkan otak kamu dan bertenanglah buat beberapa ketika sebelum memasuki dewan peperiksaan .
  1. Jangan sampai ke dewan peperiksaan terlalu awal , kerana ketegangan dan kelamaan menunggu akan menambahkan kemungkinan untuk panik . Hendaklah sampai pada waktu yang selesa untuk kamu berehat tanpa terburu-buru dan berpeluh-peluh untuk memasuki dewan peperiksaan .
  1. Jangan berjaga terlalu lewat malam sebelum hari peperiksaan disebabkan kamu rasa masih banyak yang patut dipelajari . Hendaklah kamu cukup tidur kerana otak yang bekerja lebih dan badan yang penat amatlah memudahkan kamu berasa bimbang dan panik .


Sekiranya kamu rasa diri kamu mulai panik , cuba buat perkara-perkara berikut untuk mengurangkan ketegangan dan perasaan bimbang :
  • Hentikan apa juga yang sedang kamu lakukan buat seketika .
  • Beritahu diri kamu supaya bertenang dan berehat .
  • Tarik nafas panjang dengan perlahan-lahan , kemudian lepaskan ; ulangi beberapa kali .
  • Ingatlah sesuatu yang indah sewaktu menarik nafas panjang .

TIADA siapa pun yang tidak merasa cemas , gelisah , gementar dan tertekan apabila menghadapi ujian atau peperiksaan . Kesannya adalah sebahagian dari sifat semula jadi manusia

Sepatutnya , ia tidak membawa kita ke jurang putus asa dan menyerah kalah . Tidak juga kepada kebimbangan dan sakit-sakit . Sebaliknya , ia diterima sebagai perkara biasa dan menjadi pendorong untuk terus berusaha . Penawar bagi "penyakit" ini ialah :
  • Ingat dan katakan pada diri bahawa aku telah bersekolah dan belajar dari zaman kanak-kanak , hingga ke tahap yang ada sekarang . Aku telah melalui beberapa ujian . Lumrah .
  • Kesempatan untuk melepasi ujian dan rintangan kali ini , walaupun lebih mencabar , tidak harus dilepaskan dengan mudah . Tidak patut dipersiakan .
  • Pengorbanan ibu bapa yang telah dicurahkan terlalu banyak . Jadi kamu mesti tabah hati , untuk membahagiakan mereka .
  • Bukan kamu seorang yang menghadapi peperiksaan dan bukan kamu sahaja yang merasai apa yang kamu rasai .
  • Menarik nafas panjang dan dalam berulang kali .
  • Melakukan senaman ringan .
  • Sembahyang , membaca ayat-ayat Al-Quran , berzikir dan berdoa .
  • Kurangkan minuman bersusu dan makanan bergula . Lebihkan makan buah-buahan , roti , ikan dan sayur .
  • Senyum . Jadikan senyuman pakaian wajah pada setiap ketika .
  • Sembahyang , zikir dan doa .
  • Mendampingi ibu bapa , rakan karib dan guru . Cakap-cakap biasa dan pohon restu .
  • Rehat secara tidur sekejap , bersukan , bersenam dan seumpamanya .
Kemampuan untuk mengawal diri dan menjadikan rasa runsing dan cemas itu menjadi pendorong sangat penting . Jika tidak dapat dikawal , maka terancamlah peluang kamu . Oleh itu kamu tidak ada pilihan lain . Kamu tidak boleh tunduk .



BERPUTUS ASA JANGAN !
MENGALAH PUN JANGAN !

Saturday, 2 June 2012

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN...



Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:


اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”


Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:

وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:

سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”



Doa memohon kejayaan cemerlang:

اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”



DOA AGAR DIBERI KEMUDAHAN BERFIKIR & BEKARJA..

"Ya Allah tidak ada yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah dan Engkau-lah yang menjadikan yang susah itu mudah."