Wednesday, 25 July 2012

QURAN ONLINE...

Haih, selamat malam. tak tau nak buat apa malam-malam cam ni. Nak buat kerja nantilah. Sedar tak sedar kita dah pun masuk dalam bulan Ramadhan al-Mubarak, Ramadhan al-Kareem. Harap sangat ramadhan kali ini menjadi ramdhan yang terbaik buatku.  Hah, sebenarnya ada something nak citer ni. Masa dalam solat tadi aku ni punyalah tak khusyuk sebab nak cari al-quran online ni. Bukannya apa kebetulan buka lappy, apa lagi surf-lah internetcari holy Quran ni. Da jumpa pun sampai 30 juzuk. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan-ku. Syukur sangat. Maklumlah, manusia ni tak lepas dari sifat MALAS dia tu, termasuklah aku. Kkee. Tu yang aku cari yang online punya ni. Senang sikit. Kalau kita sana-sini sambil buat kerja boleh bukak je terus baca. Bukan nak tolak Al-Quran. Tidak sama sekali. Takut juga kalau bawa kita ter-tak sengaja buat. Malas-lah nak citer. Tapi aku tetap pilih dua-dua. Tak tolak.

Ni, link Quran online tu. -->>  http://quran.iloveallaah.com/

Wednesday, 4 July 2012

HADITH FADILAT NISFU SYAABAN...


Hadith Fadilat Nisfu Sya’ban

Soalan: Apakah terdapat hadis yang menceritakan kelebihan malam nisfu Sya’ban dan amalan yang patut dilakukan?
Jawapan: Ya, terdapat hadith sahih mengenai kebaikan malam nisfu Syaaban, tetapi amalan-amalan tertentu khas untuk malam tersebut adalah tidak sabit daripada Nabi s.a.w. Antara hadith yang sahih mengenai nisfu Sy`aaban adalah:
يطلع الله تبارك وتعالى إلى خلقه ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, Riyadh: Maktabah al-Ma`arf).
Hadith-hadith tentang Nisfu Sya’ban tidak mengajar kita apakah bentuk amalan khusus malam berkenaan. Oleh itu amalan-amalan tertentu pada malam tersebut seperti baca yasin sempena Nisfu Sya’ban, solat-solat khas tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

[http://drmaza.com/home/?p=690]

TAUBAT SEORANG HAMBA...



Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/irsyadee/taubat_seorang_hamba.html ]
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...