Friday, 10 August 2012

IKLAN HARI RAYA 2012 (BERNAS)

Iklan raya yang betul-betul menyayat hati. Sedih. Tu la, kita tau nak seronok je bila nak raya. Asyik tanya "bila nak raya, tak sabar rasanya." Itu je kita tau. Tapi pernah tak kita terfikir, dalam kita gembira menyambut hari lebaran, ada insan yang menangis semasa lebaran datang menemui kita. Kita suka, dia berduka. Kita seronok dapat jumpa sanak- saudara, tapi mereka... ada yang tidak punya sesiapa. Hanya sebatang kara.

Kalau kita susah kita merungut. Tapi tak pernah pun kita terfikir bahawa ada insan yang lagi susah dari kita.
Kalau kita keseorangan kita sunyi, tapi tak pernah pun kita terfikir bahawa ada insan yang lagi keseorangan, lagi sunyi dari kita.

Hidup ini berpasang-pasangan.
Ada yang senang, ada yang susah.
Ada yang sihat, ada yang sakit.
Ada yang gembira, ada yang berduka.
Ada yang kaya, ada yang miskin.

Itulah manusia tidak pernah bersyukur tidak terlepas aku juga.
Hidup ini kena sentiasa ingat-mengingati barulah kita tak sombong dengan apa yang kita ada, yang kita miliki.


http://youtu.be/-VO4v5Mb1Vg

BERDEBAR-DEBAR...

Alhamdulillah, at last habis jugak pekse. Macam ape je rasa, asik mengadap buku je. Sakit kepala oi.. Last paper ari ni Bio.

Tamat je masa menjawab, kertas soalan dan jawapan pun dipungut. Tetiba je aku rasa berdebar-debar. Macam ada sth tak kena, macam ada sth nak berlaku. Tangan, kaki sejuk semacam. Macam duk dalam peti ais je.
Aku cuba jauhkan dari terfikir perkara-perkara yang 'merosakkan mood' aku. Aku pun tak ambik kisah sangat la.

Then, aku pun cakap la dengan kawan aku.

+ "******, nape aku rasa macam berdebar semacam, erk? Tangan aku pun sejuk (sambil suruh dia rasa tangan). Aku rasa macam akan ada sth yang nak jadi je?."
- "Selalunya, kalau aku rasa macam tu. Ada orang yang kita sayang dekat dengan kita. Rasa dia macam berdebar sangat, macam sakit sikitkan? Macam tak sedap hati je."
+ "Hah, betul la tu. Tapi yeke? "
-" Kot."

Dah habis ngadu kat dia. Aku pun teruslah pergi belakang kelas ambik aku yang 'terlawa' tu. Dah ambik, aku pu terus keluar na pergi tandas. Sebaik tiba je kat pintu kelas kawan pun tegur.

# "Fieza!! Nak gi toilet, heh??"
+ "Haah. Nape kau nak ikut la tu?"
# "Haah. Jom. Bosan kot."

Lepas balik dari tandas, aku pun capai la tafsir Quran kat atas meja kawan. Time tu rehat. Tak de benda nak buat, aku bacalah al-Quran. Dapat gak aku pahala. Dalam aku khusyuk baca, dtg kawan dari kelas sebelah cuit. Terperanjat Jah!. Astagfirullah al'azim, budak ni.

Aku pun sambung la balik bacaan aku yang 'terberhenti' tadi tu. Baca dalam bape kerat, datang pulak sorang lagi. Tapi, ni lelaki. Datang tegur-tegur lak. Haih, mamat ni buta ke aku tengah baca Quran. Tegur-tegur lak. Pastu, nak gurau-gurau lak. Sori, bro gua tak layan. Tak minat aku nak layan. Lantaklah nak kata aku jual mahal ke apa? Sebab itu adalah cara I protect myself. Aku pun takde lah rapat dengan budak laki. Takut nak rapat, nanti ada je yang perasan lain pulak. 

Aku pun teruskanlah membaca dan membaca dan membaca...Tengah khusyuk membaca tu, hati aku jadi berdebar-debar macam tadi. Aku pun toleh la kat pintu luar kelas. Rupa-rupanya memang betul, apa yang kawan aku cakap tadi. Ada orang yang kita suka kat luar tu. Aku nampak dia renung aku. Kot. Ke masa tu mata aku juling? Mungkin kot dia renung aku dari tadi, masa aku tengah khusyuk baca Quran. Bila pandang muka dia, rasa sejuk je hati.

Aku pun bagitau la kat kawan aku tadi. Kebetulan kawan aku tu, dah duk mengadap aku tadarrus. Sambil pandang Quran, aku pun cakaplah kat dia.

+ ******, memang betul pun tadi kau cakap tu. Ada orang yang kita suka dekat dgn kita la. Cuba kau tengok kat luar pintu.

2org kawan aku ni pun pergi la tengok kat pintu. Kawan aku yang sorang lagi ni, memng ada 'terencat' skit. Kalau dah tengok tu dah le. Yang dia pergi menjerit tu ape kehe nya. Nanti nampak sangat yang aku 'suka giler kat dia'. Tapi memang pun aku suka kat dia. Dah lama kot. Tapi, dia tak tau pun. Sebab bila jumpa ke, bertembung ke, ape ke? Aku tak de tunjuk sebarang reaksi yang aku suka giler kat dia, macam heartless la.
Biarlah Allah yang jagakan dia untuk aku.


Luahan hati.

Wednesday, 8 August 2012

TIPS RAIH LAILATUL QADR...


Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqanbererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
 
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap
Kesimpulan     
Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.




WAHAI LELAKI...


SEDETIK RASA DARI HATI...


Saturday, 4 August 2012

REZEKI RAMADHAN...

Alhamdulillah. Rezeki bulan ramadhan. Syukur sangat-sangat. Jualan kuih hari raya semakin bertambah, tempahannya.

Antara kuih yang dijual setiap tahun ialah:

                                                                   TART NENAS
Harga: RM 20  (50 BIJI)

Tapi tahun ni tambah 2 jenis kuih lagi.

CORNFLAKES MADU 
(sebenarnya, cornflakes madu, salah tapi kat situ pulak)

Harga: RM 20  (50 BIJI)

Yang satu lagi tu tak de gambar la. Takpe-takpe, kita tanya Pak Cik Google jap. 
"Em, Pak Cik Google ada tak popia simpul yang sira dengan sambal tu??"
"Ada."

Dah jumpa pun. Thanks, Pak Cik.


POPIA SIMPUL SAMBAL
Harga: RM 25 (1 kg)

Harap rezeki aku dan keluarga sentiasa dimurahkan oleh ALLAH dan segala urusan kami dipermudahkan oleh-Nya. Amiin Ya Rabb.