Friday, 28 September 2012

APE SUDAH JADI???

Wahai salur darah ku,
tak cukup ke ruang yg ada antara kau dengan kulit kepala?
perlu ke kau nak mengembang sampai nak pecah kepala aku??
aduhai, i need my sugar.
 perlu ke kau suruh aku pergi klinik ambil ubat berpeket-peket??
kau buat aku pitam setiap kali kau dtg. lain kali kalau nak dtg tu bg lah
utusan rasmi ala-ala diraja,
boleh aku bentangkan ubat-ubat aku.
 at least, aku ready dgn ubat-ubat aku sebelum kau dtg mejenguk kepala ku.


"..DEAR MIGRAIN. I DON'T NEED YOU IN MY LIFE. PLEASE GO AWAY. 
YOU MAKE ME FEEL CRAZY-PITAM-SAKIT-MABUK-NAK MUNTAH-
SAKIT MATA-TAK BOLEH FOKUS. PLEASE..I'M BEGGING YOU. PLEASE GO
 AWAY FROM MY LIFE. TOO MANY PILLS I TELAN-NAK-BAGI-SALUR-
DARAH-AKU-MENGECUT. ALSO YOU MAKE ME RASA-NAK-TENDANG-
ORANG-JE-KALAU -AKU-TENGAH-SAKIT-TANYA-MACAM-II. PLEASE.. 
UNDERSTAND ME..."

Saturday, 22 September 2012

QUNUT NAZILAH...

Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman.







****

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.



WAKTU QUNUT NAZILAH

Dari hadis-hadis yang menjelaskan tentang qunut nazilah dapat diambil kesimpulan bahwa petunjuk Nabi shallallahu `alaihi wa sallam dalam pelaksanaan qunut, iaitu beliau melakukan qunut nazilah pada seluruh shalat-shalat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada shalat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus.

Ini merupakan fatwa dari Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah. Qunut nazilah dapat dilaksanakan sebelum ruku' atau setelah ruku' di dalam sholat tersebut. Akan tetapi pelaksanaannya setelah ruku' lebih banyak dilakukan oleh Rasulullah shallallahu `alaihi wa sallam. Dua cara ini dicontohkan oleh Rasullah shallallahu `alaihi wa sallam dalam hadis-hadis beliau yang mulia.




#Aku copy-paste je ni. As usual, aku kan rajin. ;)

Sunday, 16 September 2012

PEMERGIAN ARWAH...

Zzzz...zzz
zzzZZZzz......zzzZZZZzzz
ZZZzzzzzzzzzzZZZZZ.......

##

###

#####

#######

Ok. yang zzz atas tu aku tgah tidur semalam waktu petang.
Tengah syok tidur, telefon rumah pulak melalak..
adik aku pn angkatlah. Fuhh!! lega senyap pun fon tu.

"Hallo, sape ni."
"Panggil ibu jap"
"tunggu jap"

"IBUUUU!!!!!! Pak Ikin kollllll!!!!"

macam nilah kat rumah aku kalau ada org kol.
Panggil org macam tarzan.. auuuuuuuuuwwwwwwwuuuu..
ehh, tarzan jerit macam tu ke?
Ntah. lupa nak record time tarzan jerit pulak.

"Ibuu mandiii!!!"

OK. pangilan tamat di situ.

sepuluh minit kemudian, baru ibu aku keluar dari bilik air.
Ibu aku tanyalah si adik aku ni apsal pak ikin aku ni kol.

"pak ikin nak ape?"
"ntah. tak cakap pape pun."

sambil tanya tu ibu aku dah duduk atas kerusi sebelah telefon.
Nak telefon pak cik aku balik la, apa lagi.

"hallo, kin. Ada ape?"
"kat simpang ada eksiden. Mati. Anak pak cik md. derus. Baya kakak
tu."
"Ya, Allah. Astaghfirullah. Teruk ke eksiden tu sampai meniggal? Dak ayu kawan kakak."
"Teruk. berlanggar dengan treller. Dia naik motor."


*keadaan diselubungi kesedihan*

Terdiam. Terkedu. Tak tahu nak cakap ape.
Beristighfar. Terkejut.

Mau tak terkejut, terkedu, tak tau nak cakap ape semua tu.
Kawan beb.
Kira senior aku masa sekolah rendah la.
Kecik je orangnya.
Anak bongsu.
Perempuan tunggal.

Sedihnya.

Ngeri sangat bila dgr ayah cerita macam mana dia eksiden
dan macam mana keadaan dia setelah eksiden.

Ya tuhan sedihnya.


##

###

####

Tu sebablah ayah dengan atok aku tak kasik kita org amik lesen motor.
Dan tak nak belikan kita orang motor.
Segala-galanya berpunca dari motor.
Kebanyakan kawan meninggal semuanya naik motor..



"..SO, JANGAN BELI MOTOR. AKU TAKUT."

Friday, 14 September 2012

MERDEKA RAYA...

Tajuk macam ape je.
Macam sambut besar-besaran je.
hahaha
itulah aku,
mesti nak gempak.
poyo.
tau tak pe.

Ok, sambutan ni bukan lah formal.
informal je. kita org buat dalam kelas.
cantik je timing hari tu.
Cikgu bio tak dtg.
dua masa ok. dua masa ok. berapa bnyak kali
kau nak ulang pija oiii..
Dua masa cikgu tak de.  ulang lagi kau.
haish..
biarlah. janji hepi.
kita org satu kelas pun kemaslah kelas tuk letak makanan atas meja.
sorang wakil pangggil cikgu kelas.

##
####
#####

bermulalah party merdeka raya kita org.

 
saje je. ni kek yang aku buat ntuk sambutan merdeka raya.


My class teacher.. :)


 Kita org budak tinggi. hahaha..


Photo session class 4Gamma. Menggila ramai-ramai.
Budak kelas lain sibuk belajar. Kita org sibuk dengan photo sesion
ni. huhuhu..


Promote kek kat jurugambar.. Nyum-nyum-nyum.


Harap dia kontroversi bila lihat gambar ni. OK.
We are nothing. Act, aku nmpak dia pegang kamera DSLR
nak tangkap gmbar sensorang. So, aku pun berlari lah pergi belakang dia, 
then klik. hahaha. Inilah hasilnya.


At last, gambar teacher nmpak jugak. Sebab kita org tgkap guna
timer kat kamera. Tau jelah kalau guna timer kat kamera tu macam mane.
Nak-nak ainaa buat tuk 5 klik. Mmg macam org giler bila tgok balik.
Gambar ni pun nasib. Nampak muka teacher.
Gambar lain langsung tak nmpak muka teacher.
Bila kamera depan mata, semua kita lupa.
kkeee,....


"..MACAM BIASA GAMBAR BANYAK. TAPI AKU KAN 
SEORANG YANG RAJIN PEMALAS."  ^_^



SUKA-SUKI BERHARI RAYA...

Ok. Gambar ni aku dengan athirah. Teman rempit aku tadi.
 Kita orang lesen agong.
Aku yang pakai baju hijau kekuningan tu.

Masa ni kita org semua kat rumah anem. 
Ala yang aku sesat barat tu.
Dala gambar ni adalah separuh jemaah 
yang beraya ke rumah anem.


Ada banyak lagi gambar. Macam biasa aku ni 
rajin pemalas. hehe


Sunday, 2 September 2012

RAYA DAN RAYA DAN RAYA...

*hu ha hu ha hu ha..
Rasa tahun ni heaven sangat dpt raya dengan kengkawan..
hepi giler... wee. ^_^

hepi seh..

Tarikh: 1 September.
Tempat: Rumah aku dan rumah kawan.

"Ayah, jangan lupa hantar kita pergi rumah kawan tau petang karang. Lepas jumaat."
"Erm.."
"Ayah hantar kita kat rumah thirah jelah."

Saja je mukadimah yang atas tu. Nak kasi gempak.

Dah siap ber'make-up'. Naik kereta terus pergi rumah kawan.

Dah sampai rumah kawan. telefonlah dia apa lagi.
Bengang giler bila tepon dia, boleh kata dia kat shopping.
 Grr~~

 It's ok. Ok ke?? Tak. Tipu-tipu. Ok memang tak ok pun.

Then, ayah tanya.
 "pergi ni naik ape?"
"Motor"
"Ok. Jalan baik-baik."

Setengah jam kemudian.
Dia ni pun baliklah rumah. Jenuh tunggu seh.
Nasib bek hari raya.
So, sambil tunggu dia aku pun akanlah kuih raya yang ada
 kat atas meja rumah dia tu.
 Siap air lagi.
Eee, sengal nya kau pija.
Nama pun hari raya mestilah kau datang rumah orang hidangkan air.
Nampak kesengalan aku .

##
##
##

Seriously, aku tak tau naik motor pakai kain.
 Tipu.
Betul.
Kalau pakai seluar tu memang dah biasa sangat.
Dan....
satu lagi aku tak tau pakai helmet.
watthefak!!

Selalunya kalau naik motor mana ada aku pakai helmet tu.

Can u imagined it? What? Aku naik motor pakai kain dengan helmet.
Jangan ditanya macam mana rupa aku masa tu?

First, aku dgn thira ni pergi rumah kawan aku hanim.
Ada buat makan-makan tuk kengkawan je.
Ni  satu lagi masalah.
Nak pergi rumah kawan tapi tak tau rumah.
Mesej teha mne rumah anem.
Dia balas bg alamat.
Aku dgn bangga cakap dgn thirah.
"it's ok babe. aku ada alamat rumah anem."
"Baguslah."

Mula-mula memang bagus. Then, berhenti kat traffic light
tanya balik.
"Kau tau tak kesang indah kat mne?"
"Tak"- yakin giler si minah thirah ni cakap.
"What, kau tak tau mne kesang indah?. So. macam mane ni?"
"Jalan je lah"
"Ok kita jalan je sampai jumpa taman kesang indah."
"Ok-ok."

"Wei, masuk-masuk taman ni. Kesang Damai ni."
 Kita org pun mulakanlah misi meronda taman tu. Dan mencari jalan kesang 5.
Puas ronda taman tu. Aku pun tanya budak india ni.
Kat mana taman kesang indah 5.
Bodoh lah, budak india ni. Boleh dia tak tau pulak.
Kita org pun jalan balik. Keluar dari taman tu.
Dah keluar. Ternampak signboard taman.
Yang tertulis KESANG DAMAI.
Baru perasan yang kita org ni salah masuk taman.
KESANG INDAH yang kita org cari tu depan lagi.
After, kesang damai ni.
Haish, buat malu betul.

Tapi yang ni tak de lah malu sangat berbanding cerita yang ni.

OK. Dah pun masuk taman kesang indah ni.
 Pusing dan pusing dan pusing sampai jumpa jalan 5.
Ntah jalan apa ntah kita org masuk.
Aku pun tanyalah org kat situ.
"jalan 5 mne?"
Org yg aku tanye ni diam je.
Tanya lagi.
"boleh tanya tak jalan 5 kat mne?"
Perghh!!
Dia oleh buat tak tau je.
Dah lah tengah panas.
Habis dah bedak aku.

Aku pun tunggulah sampai dpt JAWAPAN.
Akhirnya, aku dpat juga jawapan.
Jawapan yang aku dan thirah gelak macam orang giler atas
 motor sambil blah dari situ.

Nak tau tak, nak kita org gelak?
Orang yang kita org tanya tu,
org yang dtg beraya rumah sedara dia org.
Patutlah aku tanya budak tu muka blurr je.
Rupanya tak tau.
At least dia kena bg tau yg dia tu bukan org situ.
bukan diam.
Lama pulak tu budak laki tu pandang kita org.

arghhh!! malu seh.
Kalau cerita kat sini nmpak taklah malu sangat kan?
Tapi cuba korang bayangkan korang on my shoes.
Memang korang pun malu habis.
Gelak macam org giler atas motor sampai rumah kawan.

##
###
####
#####
######

Jumpa jugak jalan 5.
Dah jumpa jalan 5.
Aku pun suruh lah thirah ni
slow kan motor.
Aku call bella jap.
Suruh keluar tunggu kat depan rumah.
Dah dapat call si bella ni.

" Bell, mana rumah anem ni. Aku dah masuk jalan 5 ni. Kau keluar jap."
"Ok. Aku nampak kau dah. Pandang kanan."
Aku pergi pandang kiri.
"Mana. Tak nampak pun."
"Pandang kanan."
Pandang kiri lagi.
"Kananlah. Bukan kiri. Kanan-kanan."
Aku pandang kiri-kanan.
Last-last si bell ni jerit
"Oooii"
Baru kita org perasan yg kita org dah sampai depan rumah dia.
Betapa sengalnya kita org.



#TAK PEKA LANGSUNG, PEKAK BETUL#