Thursday, 31 May 2012

TERINGIN NAK PERGI...

Tarik nafas, lepas..
Tarik nafas, lepas..

(tengah migrain, sebenarnya)

Andai, aku diberi peluang. Aku teringin sangat nak pergi ke tempat-tempat bersejarah kat luar negara sana. Nak-nak lagi tempat kejatuhan Islam. Kalau pergi mesti rasa tersentap agaknya. Mungkin nak nangis pun ada. Yelah, dulu tempat tu pernah menjadi tempat di mana Islam mengembangkan agamanya. Tup-tup telah dirampas oleh kafir laknatullah. 

Aku memang teringin sangat nak pergi. Kalau boleh aku nak tangkap gambar bangunan tu. Nak-nak lagi tangkap gambar tu guna Canon DSLR. Perghhh!! cantik seh. Contoh macam kejatuhan Islam di Andalusia. Korang mesti pernah baca atau dah tahu tentang sejarah kejatuhan Andalusia ni, kan? 

Aku pernah singgah kat blog someone ni. Dia ada pergi Cordoba. Dia tangkap banyak gak gambar masa dia pergi situ. Sedih pun ada bila tengok Masjid of Cordoba. Dahulunya masjid kini sudah menjadi gereja. Allah. Memang masjid tu cantik sangat. Tapi.. ukiran kalimah shahadah menuggu masa untuk dihakis. 

Andai diberi peluang, aku nak sangat tengok macam mana tempat dia, bagaimana rupa bangunannya dan keadaan disekelilingnya. Teringin sangat nak pergi.

Andai diberi peluang untuk pergi, aku nak tangkap gambar banyak-banyak, aku nak ceritakan pengalaman aku kat kawan-kawan aku. Kongsi pengalaman-lah. Teringin sangat.


Gambar dalam Mosque of Cordoba. Lengang. Hilang gema Islamnya.
::Copy&Paste kat blog someone yg pergi tempat nilah. (foto ni je)

Teringin sangat nak pergi,
Empunya blog ini. :))

Monday, 28 May 2012

BOYFRIEND BIRTHDAY =)

Ok, kita bertemu lagi.. (macam ape je)
Hmm.., hari ni nak citer pasal ape, erk ?

Aduh, i have no idea la.
Dari tadi dok tulis, padam, tulis, padam.
See, I have no idea, right ?

Hmm..,

Seminit kemudian..

Dua minit kemudian..

Idea oh idea, mana kau ? Meh la datang kat aku. Aku nak tulis something ni. Mana eh kau pergi ?


Ah-haa!!

Ok, actually, hari ni my boyfriend punya birthday.
What ??! Boyfriend ?
Hmm..
Haih, Fieza kau ni betul ke tidak? Kau jugak yang tulis kau tak dak boyfriend.
Hish, kau ni betul la. Aku tak tipu. Aku betul lagi. Waras lagi. Hari ni memang boyfriend aku punya birthday. Semalam, boyfriend aku yang cakap. Sok, birthday dia.
So? Apa kau nak buat??
That's the problem.
Nape lak??
Yelah, boyfriend aku punya birthday, kan? Aku tak tau nak bagi ape? Itu je. hehe..
Lah, tu je. Aku ingat apa la tadi. Apa susah kau bagi la kek ke? Hadiah pape je. Ala, nama pun 'birthday man', kan?
Ye tak ye jugak. Nape la aku tak terfikir. = ='
Kau memang. Aku tau sangat perangai kau. Bukan kaki fikir punya.
Hehehe... tau takpe.


SURPRISE!!!






Hehe..aku hanya mampu meyeringai..haha..bodoh betul.


P/s: My boyfriend is my ayah.
       My girlfriend is my ibu.
       My old boyfriend is my atok.
       My old girlfried is my emak.

<3 Have a great day <3

      =)

Sunday, 27 May 2012

INGAT SENANG KE JADI PEREMPUAN?





Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
Nak kena tutup sana, tutup sini
Ce tengok budak lelaki, pakai baju pagoda orang tak bising pun . . .
Perempuan, stoking pon kena pakai
Ce suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari . . .
Kompem tak tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan
Siapa kata jadi perempuan tu senang
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pun susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sebab sakit
Ce tengok budak lelaki , selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dengan penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu senang
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jek sensitif
Ce tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yang paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Ce pergi wayang tengok cerita hindustan
Siapa yg paling teruk menangis
Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan?
Tapi dengan hati yangg lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk Dengan Allah
Mereka cakap, Allah tak adil
Kenapa Allah lebihkan lelaki
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, tak susah macam nak jaga sorang anak perempuan

Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yang bebel
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

Kesian kan kat mereka . . .

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

Persoalannya sekarang

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
> Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

-Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya


Betul, isteri kena ikut cakap suami
>Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

Tak adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan.

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya.

Kalau paling ramai dia ada 4 orang isteri.

Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu.

Tapi perempuan, seandainya ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki.

Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu.

MashaAllah, hebatnya perempuan kan?


Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Ce dengar pula lagu2 yang berkumandang di radio . . .
Banyak lagu pasal perempuan kan?
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia.

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...
Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'
Kita tak pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'
Kan? Hebat tak Allah jadikan perempuan tu?

Masih tak adil lagikah Allah terhadap perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan.
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni, perempuan senang nak masuk syurga.

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)


Tak adil lagikah Allah terhadap perempuan?

Oh perempuan, sedarlah . . .
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yang tak berasas dekat Allah?
Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayangkan, dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan . . .



Sekadar perkongsian bersama


~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi.

JADIAN- THE JUNAS MONKEY

aku suka dia

tapi ku tak tau untuk 

bilang kepadanya 

jika aku suka

jatuh cinta kepadanya


dia cinta yang pertama

dia yang bisa membuat aku

merasa deg-degan

berdebar di dada

diam saat mengingatnya


bulan tolong katakan

bintang bantu bisikkan

kepada dirinya

kalau aku mau 

jadi kekasihnya

ooo


aku yakin diriku

nanti pasti membuatnya

suka kepadaku

cinta kepadaku

dan kita akan jadian



bulan tolong katakan

bintang bantu bisikkan

kepada dirinya

kalau aku mau 

jadi kekasihnya

ooo





P/s: suka sangat kat lagu ni. Maybe, lagu ni ada sangkut paut dengan jalan cerita hidup aku kot. hihihi :P. Ishh, memang ada la. Nak tau x? Ada la sorang mamat ni, aku suka kat dia. Tapi, cinta diam-diam la. Takkan nak bagi tau kot. Malu la aku. Will drop my water face la cenggitu. Nama pun cinta diam-diam xkan mamat ni tau plak, ye idak? Mamat tu muka boleh la tahan. :P (puji la konon) 

Saturday, 26 May 2012

35 PETUA CEMERLANG DARI DR. FADZILAH KAMSAH


Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Friday, 25 May 2012

Doa :))




Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, kami mohon segala kebaikan di dalam situasi kami dan lindungi kami, seluruh umat Muhammad SAW dari segala keburukan dan bencana. Amin.



Friday, 11 May 2012

SUBHANALLAH

‎"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia


 sebenarnya\ satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan 


malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah 


kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana


 mengejutkan




 kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau

sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah,


 kemudian tidurlah."





Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa


ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan


 sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun


 begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan


 datang lagi mengejutkan kita." - Tuan Guru Nik Abdul Aziz


 Nik Mat, Menteri Besar Kelantan



KUNCI-II BAHAGIA :)

Wednesday, 9 May 2012

DOA UNTUK PELAJAR






DOA SEBELUM BELAJAR :

"Ya ALLAH, berikanlah kemanfaatan ilmu untukku apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku ilmu yang dapat memeri manfaat bagiku serta tambahkanlah ilmu untukku, segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan dan aku berlindung kepadaMu dari siksa api neraka.

AMEEN~~



DOA SELEPAS BELAJAR :

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku menitipkan kepadaMu apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalikanlah kepadaku pada waktu aku membutuhkannya dan janganlah Engkau jadikan aku lupa padanya, wahai Tuhan Semesta Alam."

AMEEN~~





















Sunday, 6 May 2012

UJIAN

Ya Allah, kau sembuhkanlah segala penyakitku ini.
 Aku bermohon sangat-sangat kepadaMU agar aku dapat menjalani kehidupanku dengan selesa.
 Tolonglah aku, Ya Allah. 
Aku merayu kepadaMU. 

Ya Allah, kau hilangkanlah rasa sakit yang aku alami ini sepanjang sewaktu aku sedang belajar atau sedang menuntut ilmuMU pun jadilah. Kau berilah aku keselesaan sewaktu aku sedang menuntut ilmuMU. Kau hilangkan rasa sakit-sakit pada badanku dan sembuhkanlah rasa menggigil ini  dan stabilkanlah degupan jantungku agar aku tidak merasa pitam sepanjang hari. Kau panjangkanlah umurku. Jika Kau ingin mengambil nyawaku, ambillah ia dalam aku berkeadaan beriman. Kau jauhkanlah aku dari perkara yang boleh mengaibkan aku dan keluarga. 

Ya Allah, kau perkenankanlah doaku ini. Ameen ya rabb~.

18 SEBAB JIN MERASUK MANUSIA

18 sebab jin merasuk manusia 

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu

JAMMED!!


Hahh,, ni kita org tersekat tengah jalan (jammed lah ni). Nak gi shopping punya pasal. Lupa pulak hari semalam   wesak, mmg masak lah kita org kat tgh jalan. Jammed!! Bosan gler. Satu jam kereta tak gerak-gerak. Sesak.  Habis masa kat tengah jalan je. Tak dapat shopping. Macam mana nak shopping, kalau jammed sepanjang jalan. Pergi-balik je. Sampai umah kol 1 pagi. Buang duit minyak je. Dia org ni pun satu hal la, kalau nak celebrate wesak day. Jganlah sampai conquer semua laluan. Amik satu laluan da la. Grr~geramnya. Dia punya sesak sampai org depan kereta aku ni, bley turun cakap ngan member dia kat sebelah blakang (kira sebelah kereta aku lah), siap hisap rokok lagi. Nasib bek apek muda ni hensem. hahaha.. :P



Haih, apek muda ni. Dok tercongok kat depan kereta aku. Tau la kereta tak boleh gerak dari td. Satu jam, wei. Bukan satu minit. Hampeh. Sampai ayah aku matikan enjin kereta. 

"Kalau tau jammed, ayah x bawak kereta gear 'manual', buat lenguh kaki je asyik nak tekan 'class'. Bawak gear 'auto' je." rungut ayah.










KALAU LELAKI MUDAH BER'DATING'...



✿~ Kalau hari ni, lelaki mudah ber'dating' dengan kita (perempuan) yang belum sah sebagai pasangannya,

Peratus untuk dia ber'dating' pula dengan perempuan lain yang tidak halal selepas berkahwin dengan kita adalah tinggi.

Jangan ber'dating' dengan mana-mana lelaki ajnabi. InsyaAllah kita akan dapat suami yang tidak akan ber'dating' dengan mana-mana perempuan lepas kahwin.

>> Sabar adalah peru untuk meninggalkan larangan ALLAH.   (✿◠‿◠)


TIPS CANTIK



Mari kita amalkan doa ini agar kita menjadi cantik di mata ALLAH.


Insya-allah.

Saturday, 5 May 2012

SURAH AL-KAUTSAR



‎" Rahsia Surah Al-Kautsar "

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan ALLAH s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, ALLAH s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

USAH KHUATIR...

‎"Usah khuatir jika tiada siapa yang sudi menjadi temanmu, tiada siapa yang sudi menjadi 


pasangan hidupmu... Kerana Allah sentiasa menemanimu dan sentiasa di sisimu dalam setiap 


saat hidupmu...

Maka, dekatkanlah hatimu kepadaNya, insyaAllah pasti tiada kedukaan dalam hidupmu di 


dunia... Cintailah Dia sebenar-benarnya, insyaAllah pasti kemanisan dan keindahan akan 


menghiasi hidupmu sentiasa... 

Dia tidak akan sesekali mengecewakan hamba-hambaNya kerana Dia lah yang telah 


menciptakan segala-galanya...

Oleh itu, serahkan dirimu dan segala-galanya kepada Dia Yang Maha Berkuasa, pasti Dia akan 


membimbing dan menjagamu setiap masa..."

HADIS

Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda 

Rasulullah SAW bersabda: 

Jadilah kamu:

✔ 1. Seorang yang alim, atau 


✔ 2. Orang yang belajar ilmu agama, atau 


✔ 3. Orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi 


✔ 4. Orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. 



✖ 5. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima 



ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu.



✿~ Kalau hari ini, lelaki mudah ber'dating' dengan kita (perempuan) yang belum sah sebagai pasangannya, 

Peratus untuk dia ber'dating' pula dengan perempuan lain yang tidak halal selepas berkahwin dengan kita adalah tinggi. 

Jangan ber'dating' dengan mana-mana lelaki ajnabi. InsyaAllah kita akan dapat suami yang tidak akan ber'dating' dengan mana-mana perempuan lepas kahwin. 

>>>Sabar adalah perlu untuk meninggalkan larangan Allah... (✿◠‿◠)

SELAMA MANA...

Selama kita menjaga diri,
 menguatkan diri dengan akhlak ISLAM,
menjaga kehormatan diri dan hati,
 maka ALLAH akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita.

 Bukan sekarang,
 bukan juga esok pagi,
 tetapi apabila tiba masanya.
 Kita hanya akan tersipu malu dan menerimanya dengan sepenuh hati..  (:



Friday, 4 May 2012

INDAHNYA..

Assalamualaikum w.b.t..

*Kupu-kupu menjadi INDAH ketika ia mampu berjuang melepaskan diri dari kepompong.

*Begitu juga hidup kita, ia akan INDAH ketika kita mampu berjuang, melewati hal yang sulit dengan merendahkan HATI hanya kepadaNYA..

*ALLAH TIDAK PERNAH MENJANJIKAN PELAYARAN YANG INDAH.. TETAPI ALLAH MENJANJIKAN PELABUHAN YANG TEDUH DAN NYAMAN untuk meneguhkan setiap HATI yang berharap hanya kepadaNYA..


اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِÙ‡ وصحبِÙ‡ وسلِّÙ…

MASALAH DIRI

Hmm...
Sejak kebelakangan ini, aku pun tak faham dengan diri aku ni. Nak dekat sebulan kot, aku jadi macam ni. Pendiam semacam. Mungkin depan kwan-2 aku nmpak happy tapi bila dia datang aku x boleh nak kata apa dah. Hanya mampu mendiamkan diri daripada berkata-kata @ bergelak sana-sini. Sekarang, aku rasa macam x boleh nak bercakap sangat, gelak ngan kawan sangat, terlalu hyper sangat. 

 Aku rasa sakit sangat bila jadi macam ni. Rasa nak ambil ubat penenang pun ada, sebab dah terlampau sakit (but aku still waras). Bila nak sembuh aku pun x tau.  Dah macam-macam ubat aku makan but ubat tu still x boleh bagi release this pain. What can I do? Menangis? Memang tak lah. Sebab bila aku menangis, lagilah sakit.

 Hanya ALLAH saja yang tahu betapa sakitnya bila dia datang. Sumpah rasa macam nak hentak-hentak pun ada. Sakit sungguh. Hari-hari pulak tu. Kalau sebulan sekali atau pun 2 kali boleh la. Ni HARI-HARI. Bukan sebulan sekali atau setahun 2, 3 kali.

  "Ya ALLAH, kau sembuhkanlah rasa sakit yang alami sejak dulu dan sekarang ini agar aku dapat menjalani kehidupan-ku dengan selesa dan bahagia."








SABAR JELAH..~~

Assamalamualaikum w.b.t..


 Satu cerita yang memerlukan banyak kesabaran. Kalau kita nak fahamkan 'seseorang' yg mmg tak faham tentang diri, agama (ISLAM) dan kedudukan kita, amatlah payah tahap GIGA-lah kut. Aku nak cite banyak-banyak pun, aku bukannya banyak ilmu sangat. Jahil pun ada. Hamba yang serba-serbi tak sempurna.  

    Ya Allah, kau berilah aku kekuatan dan ketabahan hati, jiwa dan mental untuk menerangkan semua itu kepada dia. Aku tak nak disebabkan itu, aku dan dia terputus tali persahabatan. Dan kau bukakan-lah hati dia untuk menerima agama-MU (ISLAM). 

    Okey, habis cerita pasal dia. Opps, belum habis sebenarnya, malaslah nak cerita sangat pasal dia. Cukuplah sekadar aku saja yang tahu.


KEIKHLASAN & KEINSAFAN

Benarlah sabda Rasulullah:

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. 

- (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani)








*Wahai GADIS, apabila KAMU BERKAWAN dengan INSAN bergelar LELAKI, Ingatlah ! Ada dua pilihan yang terbentang, iaitu :

1 ♥ Pertama ~> Kamu menjadi seperti KELAPA. MUDAH diperoleh, diparut, diperah, diambil santannya. Selepas itu? Hampasnya di buang.. >.<

2 ♥ Kedua ~> Kamu menjadi seperti MUTIARA. Berada di dasar lautan. Tersimpan RAPI. Dilindungi kulit. Bukan senang dilihat, apatah lagi mendapatkannya. Hanya orang TERPILIH yang bertuah dapat memilikinya.. ^.^


AMALKANLAH :)

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.


3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari 


kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.


5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.


6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.


7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada men
jadi kafir ketika menghadapi

kematian.


8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.


10-Surah An
-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Sila share - Semoga dapat menjadi amalan kita semua. :-)







P/s: Dalam aku ingatkan orang lain, sekali gus mengingatkan  diri aku juga. Siapa 'tak 


nak' masuk SYURGA, oii. Nikmat syurga. Subhanallah.

DI MANA CANTIKNYA SEORANG WANITA?



Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang 


kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak 


jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan


 mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada 


hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus


 melembutkan perasaan.




Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah 



berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang 


keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan 


kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun,


 betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba 


masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang 


tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.




Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata"



 anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang 



dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda 



lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur



 pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin 



Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.






RENUNGAN BERSAMA




Dalam ISLAM, lelaki diciptakan untuk menjaga kehormatan wanita bukan merosakkannya.

SEORANG LELAKI...

Seorang lelaki yang tahu menghargai pasangannya, 


tidak akan membuat janji tetapi sebaliknya, 


mengotakan. 



Dan seorang wanita yang tahu menghargai pasangannya, 


tidak akan menuntut tetapi sebaliknya,


mensyukuri.




(n_n) <3



Aku da bosan,tak tau nak buat ape sebenarnya. Dalam pada itu, aku juga merindui dia. 

Siapa dia tu>


=Kekasih Allah.


‎..krn jodoh itu rahsiaNYA,


 kata pada hati jika dia yg kita suka,

tetaplah terus mempersiapkan diri dgn menyerahkan kepada ALLAH untuk menjaga 


dirinya utk kita sehingga masanya.


Tidaklah bertukar pemilik tulang rusukmu. :)