"Usah khuatir jika tiada siapa yang sudi menjadi temanmu, tiada siapa yang sudi menjadi
pasangan hidupmu... Kerana Allah sentiasa menemanimu dan sentiasa di sisimu dalam setiap
saat hidupmu...
Maka, dekatkanlah hatimu kepadaNya, insyaAllah pasti tiada kedukaan dalam hidupmu di
dunia... Cintailah Dia sebenar-benarnya, insyaAllah pasti kemanisan dan keindahan akan
menghiasi hidupmu sentiasa...
Dia tidak akan sesekali mengecewakan hamba-hambaNya kerana Dia lah yang telah
menciptakan segala-galanya...
Oleh itu, serahkan dirimu dan segala-galanya kepada Dia Yang Maha Berkuasa, pasti Dia akan
membimbing dan menjagamu setiap masa..."
No comments:
Post a Comment