Friday, 29 March 2013

OREO CHEESE CAKE...


Bahan-bahan untuk base:
# 30 keping oreo (dibuang creamnya @beli je kat kedai yg dah siap hancur tu)
# 1/4 mentega


Bahan filling:
# 1/2 cawan tepung kek
# 2 sudu tepung kastard
# 500 gm cream cheese
# 2 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
# 1/2 cawan gula castor
# 1/2 cawan yogurt asli/ lemon/ sour cream
# 300 gm whipping cream (kalau nak lagi sedap, gebu)
# 1 sudu teh esen vanila
# 1/4 cawan mentega


Cara-caranya:
1. Pukul putih telur dan tepung kastard sampai jadi meringue.
2. Masukkan gula castor, esen vanila, mentega. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan cream cheese, tepung kek, yogurt.
4. Whipping cream tu pukul hingga kembang secara berasingan.
5. Campurkan whippng cream ke dalam bahan tadi. Kaup balikkan.
6. Bakar secara 'steambake' pada suhu 160'C selama 1 jam.



Nah, aku bagi uolls tengok cheese cake aku.


Sebelum tu aku nak cerita kat olls ni. Semalam aku pergi Tangkak Jaya beli cream cheese. Then aku tanya auntie kedai tu ada tak jual cream cheese. Fuhh, nasib baik ada kau. Then aku beli lah 2 buku cream cheese. Semua sekali RM 16.40. Mahal kau cream cheese ni.

Then, auntie tu tanya lah kita org (aku, ibu, kakak) sama ada pernah makan KEK TIRAMISU ke tak? Aku jawablah yang aku tak pernah makan dan ibu aku pula jawab yang dia pernah makan. (Erk? ada kepelikan di situ. Bila masa ibu suka makan benda alah macm tu ni?) Kakak diam je. Ok. abaikan yg tu. Auntie tanya lagi, "Nak saya ajarkan tak buat kek tiramisu?" Dengan pantas aku jawab: "NAK!!" Auntie tu pun ajarkanlah. 

Mula-mula,
(meh aku terangkan secara terperinci, Kalau aku ikut jugak dialog auntie tu dengan aku-aku sekali ta paham bila baca balik)

Bahan-bahan:
Biskut tiramisu 
Tupperware
1 kotak whipping cream
1 buku cream cheese
2 sudu gula aising

Cara-caranya:
1. Pukul cream cheese dengan gula aising hingga kembang.
2. Pukul whipping cream di dalam bekas berasingan hingga kembang.
3. Pastu, campurkan whipping cream ke dalam adunan cream cheese tadi. Kaup balikkan. 
4. Tuangkan separuh adunan tadi ke dalam tupperware. Celup biskut tiramisu ke dalam air kopi @ nescafe (ikut kesukaan). Susun rapat-rapat, jangan jarak-jarak. 
6. Lepas dah penuh satu layer biskut tu. Tuang balik adunan cheese tu sampai habis. Ayak koko atas lapisan atas tadi.
7. Masukkan ke dalam fridge untuk sejukkan. 

**JANGAN CELUPKAN BISKUT TIRAMISU TERLALU LAMA. NANTI KEMBANG. JUST LETAK-ANGKAT JE.**


Macam nilah auntie tu ajarkan. Tetiba auntie tu kira semua bahan yang dia ajar tu. Pelik giler aku. Then aku nmpak kat mesin duit tu terpampang RM 40.50. Auntie tu cakap nanti balik U boleh buat. Terkedu seh. Aku bawak RM 10 je untuk beli cream cheese. Lagi RM 10 aku mintak kat ibu. Mana aku nak cekau RM 40 tu? 

Then, buat muka seposen.
 "Auntie, saya nak beli cream cheese ni 2 je. Saya nak buat Cheese Cake bukan tiramisu. Saya tak tau pulak kena beli bahan ni sekali." 
Jawab auntie: "Oh, itu macamkah? U tak nak uat lah tiramisu ni? Betul tak nak buat?" 
"Hmm, saya memang tak nak buat pun. Sori, ya."

Fuhh! Nasib baik kalau tak mne nak cekau duit.

Monday, 25 March 2013

PUDING CARAMEL...

PUDING CARAMEL

 : Bahan-bahan :

For Caramel Sauce
2 senduk gula
1/4 cawan air

For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air



: Cara-cara :

For Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda

For Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik.
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge.


(Resipi di atas aku copy paste direct dari blog FL. Aku dah malas nak menaipnya. Sorry, kak FL)


Selain itu, aku akan post satu entry yang boleh buat ayaq liuq meleleh nanti.

' OREO CHEESE CAKE '

Nantikan...

Petang ni nak ajak ayah pergi Tangkak Jaya. Pergi kedai jual bahan kek, biskut dll lagi. Nak pergi beli cream cheese. Hari sabtu hari tu pergi masuk ketiga-tiga shopping yg ada dekat Jasin tu semata-mata nak cari cream cheese. Tapi hampeh uolls, takde. Harap besar je, cream cheese pun takde jual. Kasi tutuplah itu shopping macam ni. Aigoo~ 

Dahlah kaki baru elok. Demi cream cheese aku sanggup berjalan. Poyo je lebih. :P *huahuahua* Last-last aku jumpa cheese ni:



Aku tak tau sama ada cheese ni untuk buat kek ke apa? tapi aku beli jugak. Mahal kau cheese ni, dahlah sikit je 125gm je. Harga RM 7 ++ sen aku tak ingat.

OK, setakat di sini sahaja. Tuan belog ini mahu mandi. Dah masyam, pahit dah ni. Matahari pun dah condong, dah tak tegak dah. Sebelum tu, aku dengar mak tengah parut ubi lah. Mesti nak buat kuih untuk makan petang. Sedapnya. Meleleh uolls air liur ni. 

Macam mana badan tak naik time cuti sekolah? Mak macam sengaja je masak lauk yang sedap kaw-kaw. Time skola tak nak pulak masak lauk kaw-kaw. Haiya~ Sebabnya kalau time sekolah masak lauk kaw-kaw takde sape yang nak melantak. Semua dah penat, memang taklah nak makan balik sekkolah. Kalau makan pun biskut, roti. Nasi tu adalah jugak. Tapi selazat makan time cuti sekolah. HAHAH

Friday, 15 March 2013

MINAT KAMI SAMA...

Sebelum jawab exam kimia. Teha duduk semeja dengan aku baca buku. Jannah sensorang kat tempat dia struggle giler nak faham kimia. Kimia start 8.30 so ada lagi satu jam nak mula. Dalam syok menelaah kimia. Aku buka cerita yang aku ada tengok Cupcake Wars kat astro channel 720 dengan cake boss. Aku ceritalah macam mana org putih tu punya pantas buat kek dengan cupcakes dalam masa yang ditetapkan. Cantik pulak tu. Nampak sedap je. Memang sedap agaknya.

Lepas tu, aku cakap dengan teha.

aku: kau nak tau tak apa aku nak buat bila aku dah ada duit banyak?
teha: emm, kau nak bukak kedai kek.
aku: yep. aku nak buka kedai kek & pastri. Semalam aku tengok kat tv kedai kek tu lawa seh.
teha: ah, sibuklah kau. tiru aku. 
aku: banyakla kau. minat kita samalah. kalau macam tu kan kita jadi share partner lah.HAHA.

Time ni masing-masing dah mengarut. 

Habis jawab paper kimia. Jannah baru join. Berlonggok kat meja aku.

aku: Jan, kau nak tau tak ape aku ngan teha tadi cerita?
jan: ape?
aku: aku ceritalah kat teha, bila aku dah habis study, dah kerja, dah ada duit banyak. aku nak belajar buat kek dan pastri. Lepas tu aku nak buka kedai kek & pastri. Pastu teha cakaplah yang dia pun sama nak bukak kedai kek. Sibuk je, Jan. Kita orang jadi share partner.
 teha: jannah masa tu dah ada kat dalam laut. tak timbul-timbul. HAHAH
aku: jan, gaji kau nantikan banyak. aku boleh minta pinjam kat kau masa tu. nanti aku letaklah nama kau kat signboard kedai kita orang. nanti aku letak la 'sponsored by: jannah' paling kecik kat bawah tu. tak pun tak payah letak.
jan: kurang ajar je.
HAHAH
aku: jan, bila aku dah bukak kedai kek & pastri, dah berjaya, dah terkenal. kalau kau kahwin aku boleh sponsor kek pengantin la kat kau. special lagi. besar lagi.



Jannah dan aku

  

Aku dengan teha


p/s: kita orang kalau dah berlonggok mesti tak miss kalau tak cerita pasal masa depanlah, kadang-kadang isu semasalah, pasal    tulah- nilah. cerita kedai kelas kopi. HAHAH

Thursday, 14 March 2013

AL-FATIHAH BUAT TOK NGAH...

Tarikh- 09.03.2013
Hari- sabtu
Masa- Petang


Mula-mula sekali mesti nak cakap yang hati ni sedih sangat sebab kehilangan seorang atok yang paling baik. 
Tak pernah nak marah. Kalau gaduh depan dia mesti tok ngah tegur dengan cara yang baik. Bukan tengking atau pukul. Dia akan cakap berlembut. Lagipun tok ngah bukan jenis pemarah, suka tinggi suara atau apa. Dia tak pernah marah anak dia jauh sekali nak pukul. Cubit lagi lah kan. Memang tak punyalah.Tok ngah seorang yang disukai ramai mungkin sifat dan sikap dia yang baik, tak suka bermusuh dengan orang.

Ok, cukuplah tu aku ceritakan pasal budi baik tok ngah. Ada lagi sebenarnya tentang tok ngah, tapi aku dah malas nak taip. Ok, berbalik kepada cerita yang ingin aku ceritakan (poyo giler ayat).  Petang sabtu hari tu dapat call dari tok de (kot sebab bukan aku yang angkat phone) nak bagi tau yang tok ngah kena masuk hospital tu, betul ke tak? Masalahnya, kita orang pun tak tau yang tok ngah masuk hospital sebab tak de sape yang call bagi tau pasal tu. Sumpah! Kalau tok de tak call petang tu kita orang semua tak tau yang tok ngah masuk hospital. Sebelum, tok de call rumah. Ayah ada call tanya mak (nenek) samada mak ada kat rumah atau dah keluar. Aku pun cakaplah yang mak dah keluar dengan pak ikin (inilah seorang pak cik aku). Then, tak sempat aku nak tanya kenapa? Dah putus...tut..tut..tut..

Pastu, baru tok de call. Lepas tok de dengan ayah aku call. Telefon rumah aku tak putus-putus dari berdering. Saudara-mara call. Nak tanya betul ke tidak berita yang dia orang dapat tu. Al-maklumlah, tok ngah aku ni abang mak aku (nenek la). Pastu, ibu jawablah yang kita orang tak tau pape. Angah dengan along pun tak call bagi tau. Selang beberapa minit, telefon tak berdering. Angah ke along telefon supaklah (adik tok ngah aku) yang tok ngah ada kat hospital melaka sekarang kat wad ICU ke CCU entah. Aku pun tak tanya sngat. So, kita orang semua still tenang lagi. Lepas dah letak phone, baru semua berbalah (konon) kenapa baru sekarang nak telefon? Dah masuk wad kritikal macam tu baru nak telefon? Kenapa tak call kita orang dulu? Kenapa orang jauh tau berita ni, kita satu rumah tak tau berita ni? Orang KL sana tau berita ni, kita kat melaka ni tak tau pape? 

Selang 15 ke 20 minit macam tu, dapat call yang tok ngah dah meninggal. Innalillah wainnailaihi rajiun.. Masa dapat call ni aku tak tau menahu sebab masa tu aku dah masuk bilik air. Mandi. Tetibe kakak suruh aku mandi cepat sebab nak pergi hospital. Aku pun mandilah secepat tak selambat pun tak. Bersiap. Sekali ayah balik rumah ayah tanya, "korang nak pergi mana ni? Pakai baju cantik" Pastu sae ntah jawab, "bukan nak pergi hospital ke?" Pergh, rupa-rupanya ayah tak tau. Aku mati-mati ingat ayah yang suruh siap nak pergi hospital. Hampeh betul. Aku rasa nak sepak je sapa yang suruh aku mandi cepat tu. Pandai-pandai je buat arahan. Aku bagi flying kick baru tau.  =.='

Kita orang tak pergi pun hospital. Pak ikin dengan mak je yang pergi hospital dengan rumah tok ngah kat tampin sana tu. Mak balik rumah dalam pukul 1. Masa tu aku tak tidur lagi, tengah tengok RUNNING MAN sampai pukul 4. 30 pagi baru tidur. Pukul 6.30 pagi dah bangun nak pergi tampin. Jenazah dikebumikan dalam pukul 10. Tapi  bukan pukul 10 pun dalam pukul 12 gitu. Penggali kubur tak gali lagi. =.=' Aku dapat tidur masa ni 2 jam je. Nasib baik aku dah biasa tidur lambat. So, aku tak rassa mengantuk pun. Konon besok periksa SJ III dengan BI, aku bawalah nota ringkas sejarah sekali, baca dalam kereta. Konon je semua ni. Memang aku baca tapi sekerat jalan. Yelah dengan radio terpasang. Memang taklah aku nak baca sangatkan? Baik aku menyanyi. Lalalala.... HAHAH..

Nah, setepek. *PAP*

Friday, 8 March 2013

Pergh, bersawang sudah kak bedah punya belog ni. Last aku update lebih kurang 2 bulan lepas. Sekarang dah bulan 3. Cepatnya masa berlalu. Time pass quickly.

First of all, i want to praise to my Lord. Thank to Allah. Alhamdulillah. Sekarang, kaki aku dah ada improvement. Whoa! Suka sangat. Dah boleh berjalan without my crutches.

Sebelum berjalan tanpa crutch tu, aku pergi appointment dengan Dr. Zaki, my orthopedist.
Then, the dr. said: "eh, pakai tongkat lagi?"
 Me: "yupp. Eh, dah boleh tak pakai tongkat ke? Habis tu tak kena balik ke?"
Dr: "tak. tapi slow-slow dulu. Jangan buat kerja berat, lasak sebab risiko nak kena semula tinggi."
 Me: "oh...habis tu kalau saya pergi skola tu boleh ke tak pakai tongkat tu? Tapi boleh tak kalau saya pakai knne guard?"
 Dr:" boleh je. nak pakai knee guard tu boleh je tapi dia just balut kaki kita je. Tapi kemungkinan nak kena balik tu tetap tinggi." 
Me: "oh..."


Pastu, dr suruh aku pergi kat katil tu. Buat terapi jap. Sebelum tu, dia tanya aku sama ada aku buat ke tak exercise yang dia suruh tu. Aku cakaplah buat tapi tak selalu (tau jelah aku ni pemalas tahap panda)

Haish, dr. suruh aku buat lagi 2 exercises. Maka, semua sekali 4 exercises aku kena buat. (ni pun aku tak buat). Dr. suruh aku buat untuk kuatkan otot aku yang tersangatlah lembik sekarang ni.

Latihan-latihanya adalah: 
1. Bengkok-bengkokkan kaki sampai cecah punggung.
2. sambil luruskan kaki. Angkat separas lutut kanan di tegakkan. angkat-turun tapi tumit tak jejak bawah.
3. duduk atas meja atau katil sambil angkat kaki-turun.
4. Ikat tali bergetah kat kaki katil atau apa saja. Lepas tu, masukkan kaki kat dalam tali tu. Tarik sampai tegak. Tonjetkan kaki then turunkan balik.
5. Berdiri depan dinding. Rapatkan kaki dengan dinding. Then, bengkokkan kaki hingga lutut bertemu dengan dinding.tegak balik.

Opss, ada 5 sebenarnya. Ni pun aku tak buat.

K. The end.

p/s: dalam mode mengadap buku ni. Periksa la. Bye-bye-bye.
WISH ME LUCK !!