: Bahan-bahan :
For Caramel Sauce
2 senduk gula
1/4 cawan air
For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air
: Cara-cara :
For Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda
For Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik.
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge.
(Resipi di atas aku copy paste direct dari blog FL. Aku dah malas nak menaipnya. Sorry, kak FL)
Selain itu, aku akan post satu entry yang boleh buat ayaq liuq meleleh nanti.
' OREO CHEESE CAKE '
Nantikan...
Petang ni nak ajak ayah pergi Tangkak Jaya. Pergi kedai jual bahan kek, biskut dll lagi. Nak pergi beli cream cheese. Hari sabtu hari tu pergi masuk ketiga-tiga shopping yg ada dekat Jasin tu semata-mata nak cari cream cheese. Tapi hampeh uolls, takde. Harap besar je, cream cheese pun takde jual. Kasi tutuplah itu shopping macam ni. Aigoo~
Dahlah kaki baru elok. Demi cream cheese aku sanggup berjalan. Poyo je lebih. :P *huahuahua* Last-last aku jumpa cheese ni:
Aku tak tau sama ada cheese ni untuk buat kek ke apa? tapi aku beli jugak. Mahal kau cheese ni, dahlah sikit je 125gm je. Harga RM 7 ++ sen aku tak ingat.
OK, setakat di sini sahaja. Tuan belog ini mahu mandi. Dah masyam, pahit dah ni. Matahari pun dah condong, dah tak tegak dah. Sebelum tu, aku dengar mak tengah parut ubi lah. Mesti nak buat kuih untuk makan petang. Sedapnya. Meleleh uolls air liur ni.
Macam mana badan tak naik time cuti sekolah? Mak macam sengaja je masak lauk yang sedap kaw-kaw. Time skola tak nak pulak masak lauk kaw-kaw. Haiya~ Sebabnya kalau time sekolah masak lauk kaw-kaw takde sape yang nak melantak. Semua dah penat, memang taklah nak makan balik sekkolah. Kalau makan pun biskut, roti. Nasi tu adalah jugak. Tapi selazat makan time cuti sekolah. HAHAH

No comments:
Post a Comment